Klinik Wildan dengan bangganya tampil sebagai penaja utama jersi rasmi bagi pasukan bola sepak MSSD Hulu Terengganu tahun ini. Penajaan ini merupakan salah satu usaha Klinik Wildan untuk menyokong pembangunan sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah ini.
Melalui tajaan ini, Klinik Wildan bukan sahaja menyumbang dari sudut kesihatan, malah memperkukuh peranannya sebagai rakan komuniti yang aktif membina generasi muda lebih cergas, sihat dan berdaya saing. Semoga pasukan bola sepak MSSD Hulu Terengganu terus maju dan bersemangat dengan sokongan yang diberi.


Leave A Comment